BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS
Photobucket

Selamat Tinggal


Ini lah lebih kurang separuh dari sekolah aku . Name skolah ni SMK Sultan Abu Bakar dan dikenali sebagai SABS kerana pada ketika dahulu skolah ini diberi nama Sultan Abu Bakar School . Ohh bangga aku sbb skolah Mat Salleh . HAHA .

Okay sebenarnya bukan nak cerita pasal asal usul skolah ni . Hadirnya aku disini adalah untuk mengucap kan selamat tinggal kepada SABS aku yang tersayang ni . Pada tahun 2011 akan berpindah ke skolah lain . Mungkin ke Sekolah Teknik Kuantan sbb aku dah dpt tawaran ke sana . Haihh sedih lah pulak nak tinggal kan skolah ni . Sebab sumpah aku ckp skolah ni memang best gilaa . Persekitaraan nye yang cantik dan tambahan pula dgn cikgu cikgu nya yang sporting sgt . Tak lupa juga kepada murid murid nya yang begitu friendly skali . Auwww terharu . HAHAHA . Nanti aku mesti rindu kan saat saat aku buat hal kat skolah ni . Rindu masa aku ponteng kelas , rindu masa aku lompat pagar skolah , rindu masa aku buat gilaa dlm kelas , rindu masa aku tak siap kerja skolah , rindu masa aku kene berdiri luar kelas , rindu masa kene masuk bilik pengetua , rindu masa kene panggil dgn cikgu disiplin , rindu masa kene marah dgn cikgu , rindu masa cikgu disiplin tegur pasal rambut , rindu masa handphone kena rampas , rindu masa tidur dlm kelas dan banyak lagi lah . Kalau nak ckp semua , memang 3 hari pon tak habis . Sebenarnya aku sedih nak pindah skolah lain sbb aku sayang skolah ni , sayang cikgu cikgu skolah ni , sayang kawan kawan dan sayang semua cleaner skolah serta pak guard yang setia mengawasi skolah ni . Okay lah cukup lah ni . Dah nak mengalir dah air mata ni . Huhuu . Anyway , thanks for reading : )