BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS
Photobucket

Syukur Alhamdulillah


Syukur Alhamdulillah kepada Allah s.w.t . Aku bersyukur kepadamu kerana memberiku peluang utk menikmati keputusan 6A dalam PMR . Jika ini yang Kau inginkan , aku hanya mampu bersyukur kepadaMu . 6A juga sudah cukup bagiku . Mungkin aku tiada rezeki utk memperoleh 9A . Mungkin ini kerana aku lalai dgn tanggungjawabku . Mungkin ini kerana usaha yang aku tunjukkan kepadaMu tidak mencukupi . Mungkin ada hikmah disebalik semua ini . Namun aku tetap bersyukur disamping berasa sedih kerana tidak memperolehi yang terbaik .

Okay disini aku nak bagi tahu korang yang aku dapat 6A 2B 1C utk PMR . Korang rasa hebat ke ? Bagi aku , langsung tak hebat . Kalau boleh aku nak 9A tapi dah nak dpt 6A nak buat mcm mane lagi kan . Terima jelah . Okay ni result aku :
  • Bahasa Melayu : A
  • Mathematic : A
  • Sains : A
  • Kemahiran Hidup : A
  • Agama Islam : A
  • Sejarah : A
  • Geografi : B
  • Bahasa Inggeris : B
  • Bahasa Arab : C
 Aku agak terkejut lah jugak sebab Bahasa Arab aku C sbb trial aku dapat A . Haih tak tahu lah . Terima jelah kenyataan . Dan aku jugak agak kecewa dgn keseluruhan result ni . Okay kepada sapa sapa yang dapat keputusan yang tak berapa bagus tu , harap lah bersabar . Belajar terima hakikat . Yang lepas tu biarkan je lah . Tak payah la nak sedih sedih . Salah kita jugak . Ini semua ketentuan Illahi . Sekian saja sampai disini . Assalamualaikum . Terima kasih kerana sudi singgah di sini .

Selamat Tinggal


Ini lah lebih kurang separuh dari sekolah aku . Name skolah ni SMK Sultan Abu Bakar dan dikenali sebagai SABS kerana pada ketika dahulu skolah ini diberi nama Sultan Abu Bakar School . Ohh bangga aku sbb skolah Mat Salleh . HAHA .

Okay sebenarnya bukan nak cerita pasal asal usul skolah ni . Hadirnya aku disini adalah untuk mengucap kan selamat tinggal kepada SABS aku yang tersayang ni . Pada tahun 2011 akan berpindah ke skolah lain . Mungkin ke Sekolah Teknik Kuantan sbb aku dah dpt tawaran ke sana . Haihh sedih lah pulak nak tinggal kan skolah ni . Sebab sumpah aku ckp skolah ni memang best gilaa . Persekitaraan nye yang cantik dan tambahan pula dgn cikgu cikgu nya yang sporting sgt . Tak lupa juga kepada murid murid nya yang begitu friendly skali . Auwww terharu . HAHAHA . Nanti aku mesti rindu kan saat saat aku buat hal kat skolah ni . Rindu masa aku ponteng kelas , rindu masa aku lompat pagar skolah , rindu masa aku buat gilaa dlm kelas , rindu masa aku tak siap kerja skolah , rindu masa aku kene berdiri luar kelas , rindu masa kene masuk bilik pengetua , rindu masa kene panggil dgn cikgu disiplin , rindu masa kene marah dgn cikgu , rindu masa cikgu disiplin tegur pasal rambut , rindu masa handphone kena rampas , rindu masa tidur dlm kelas dan banyak lagi lah . Kalau nak ckp semua , memang 3 hari pon tak habis . Sebenarnya aku sedih nak pindah skolah lain sbb aku sayang skolah ni , sayang cikgu cikgu skolah ni , sayang kawan kawan dan sayang semua cleaner skolah serta pak guard yang setia mengawasi skolah ni . Okay lah cukup lah ni . Dah nak mengalir dah air mata ni . Huhuu . Anyway , thanks for reading : )


Tarikh Penentuan


Maksud tarikh penentuan aku kat situ ialah tarikh keluar keputusan PMR . Tarikh nye ialah 23 disember 2010 . Tak lame dah pon ^.^ and aku tersangat lah excited nak tunggu result PMR aku keluar . Aku nak sangat tahu result aku . Lagi cepat lagi bagus . Yelah mesti lah tak sabar nak tahu hasil usaha kita kan . Tapi kan , aku menyampah betul tgk orang yg takut takut bila result nak keluar ni . Dah mende tu dah jadi kan , buat ape nak takut lagi . Waktu nak amik exam PMR , takdelah pulak diorang ni takut mcm nak amik result . Ni tak , nak amik result pon cuak nak mati . Relax jelah . Aku sikit pon tak takut nak amik result . Bahkan tak saba lagi ade lah . Bila aku ckp yg aku tak takut kat orang orang yg cuak nak mati ni , diorang ckp aku blagak lah ape lah . Ikot korang lah nak ckp ape . Ini life aku , korang punya life ikot korang lah . Masa PMR pon aku tak takot , ni kan pulak nak amik result . Aku tak takut nak amik result bukan lah sebab aku blagak or pandai ke ape . Just excited nak tahu hasil usaha selama ni .

Okay semua , aku tak bijak pon . Ni nak bg tahu pasal trial PMR aku . For trial aku cuma dapat 4A 4B and 1C . 9 subject ? Yeah 9 subject sebab aku ambik subject arab . Aku pak arab lah kiranya . HAHA . Alaah setakat 4A ni orang tak pandang pon lah . Aku tak pandai pon . Aku ni kat skolah tak focus pon , tak buat kerja skolah and yang paling penting sekali aku suka ponteng kelas . Thats why lah aku dapat sekadar 4A jeh . Memang patut lah dengan sikap aku yg macam ni . Hehe .

Okay ni aku nak bagi tahu ape yg aku dapat A , B and C .

Subject yang dapat A :
  • Bahasa Arab
  • Mathematic
  • Bahasa Melayu
  • Agama Islam
Subject yang dapat B :
  • English
  • Geografi
  • Kemahiran Hidup
  • Science
And yang dapat C :
  • Sejarah
Aku tersangat lah benci subject Sejarah and fav subject Math . Okay thats all . Thanks kerana sudi membaca ^.^

Empat perkara yang harus diketahui

  • Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

  • Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

  • Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

  • Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

  • Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

  • Enpat CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABI (Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi)
2. TIDUR PARA ULAMA’ & AHLI IBADAH (Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam)
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA (Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan)
4. TIDUR SYAITAN (Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka)

Cat is Kucing





Okay semua tahu ni kucing kan ? HAHA mesti lah tahu -.- Okay sekarang aku nak cerita sikit pasal kucing . First of all , aku tak bela pon kucing . Btw , aku suka kan kucing . Diorang comel , manja , jinak dan tersangat lah friendly . Ape ape pun mmg aku suka , sayang , rindu and ape ape jelah kat kucing ni . HAHAHA .

Act , baru je nak start cerita ni . Pada satu hari yg bertarikh 15/12/2010 , aku pergi lah Sungai Isap dengan menaiki kereta Perodua Kancil utk jalan jalan and lepak lepak dengan membe membe . Masa kitorang tengah lepak tu , membe aku pun ajak lah aku pergi jalan jalan naik kereta Kancil tu . Waktu tu dah pukul sembilan macam tu lah . Sure lah waktu tu agak gelap kan . Masa aku tengah bawak diorang tu jalan jalan naik kereta , aku masuk lah satu lorong ni . Lorong ni agak sempit lah sebab kiri kanan pun ada kereta parking depan rumah . So , lorong tu jadi one way jelah . Tengah aku syok syok bawak kereta tu dengan kelajuan dalam lebih kurang 35 kilometer sejam , secara tiba tiba ada seekor kucing yang langsung tak bersalah telah melintas jalan tu . Masya-Allah perasaan terkejut aku waktu tu hanya Allah yg tahu . Aku dengan terkejut tengok kucing tu cuba melintas , aku cuba dengan sedaya upaya cuba tekan brake . Ingat nak elak tapi tak boleh sebab jalan tu dah sempit . Then tanpa dengan sengaja nya aku dah langgar kucing tu . Lepas tu aku berhenti lah lepas langgar tu . Aku turun and pergi tgk kucing tu sebab kot kot dia hidup lagi ke . Bila aku tengok , masya-Allah kesian nya dia . Perut dia terburai . Aku pun angkat lah kucing tu and letak dia kat tepi jalan . Astaghfirullah aku dah bunuh seekor kucing yg langsung tak bersalah . Aku rasa kesian sangat dekat kucing tu . Aku mintak maaf sangat sangat kepada pemilik kucing yg comel tu . Tolonglah maafkan aku . Aku betul betul tak sengaja nak langgar . Aku simpati sangat atas apa yang dah terjadi :(